fbpx

Lelaki kurang siuman cium cermin kereta wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan suspek mencium cermin hadapan kereta mangsa.

KUCHING – Seorang lelaki kurang siuman ditahan kerana melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, berkata, penahanan ke atas suspek berusia 21 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 26, semalam.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video berdurasi 21 saat yang tular di laman Twitter yang menunjukkan perlakuan suspek itu.

Dalam video berkenaan, suspek yang menunggang motosikal bertindak menghentikan kereta mangsa, lalu mencium cermin hadapan kereta mangsa.

“Kira-kira pukul 7 malam di Jalan Kampung Rampangi, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat tangkapan ke atas suspek.

“Turut dirampas motosikal yang digunakan suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, Merbin berkata semakan rekod lampau mendapat suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes jenayah narkotik dan jenayah harta benda.

Malah, katanya suspek turut didapati mempunyai kad rawatan pakar psikiatri dari Hospital Umum Sarawak dan masih menjalani rawatan susulan.

Sehubungan itu, beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28 Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1957 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI