fbpx

Lee Byung-hun ‘belanja’ kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE BYUNG-HUN

SEBAGAI seorang bapa, pelakon Lee Byung-hun sentiasa menunjukkan sokongan dan kasih sayang terhadap kanak-kanak.

Dia juga sering membuat sumbangan kepada Hospital Kanak-Kanak Pusat Perubatan Asan di Seoul.

Kali ini, pelakon berusia 53 tahun itu bermurah hati membuat satu sumbangan besar di hospital sama dengan menderma 100 juta won (RM340,000).

Sumbangan tersebut dibuat untuk menyokong keperluan perubatan kanak-kanak dan remaja yang terbeban dari segi kewangan.

Malah, sumbangan terbaharunya membuktikan usaha berterusan aktor itu untuk menyediakan peluang penjagaan kesihatan lebih baik untuk kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI