fbpx

ADUN pembangkang tidak terima peruntukan sejak dua tahun, sambut baik titah PRP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemimpin pembangkang Pahang mengadakan sidang akhbar di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sejak dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, kali terakhir ADUN pembangkang menerima peruntukan daripada kerajaan negeri adalah pada 2019 dan 2020.

“Ketika itu di bawah Muafakat Nasional (MN) yang mana kami menerima peruntukan sebagaimana ADUN lain namun ianya terhenti selepas Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor sehinggalah sekarang.

“Kami tidak dimaklumkan secara rasmi mengapa peruntukan itu tidak disalurkan tetapi kami diberitahu ianya disalurkan kepada penyelaras DUN tetapi kami tidak tahu siapa penyelaras itu,”katanya dalam sidang akhhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan Pahang diperintah Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada 17 ADUN Barisan Nasional dan lapan ADUN Pakatan Harapan manakala pembangkang yang terdiri daripada ADUN Pas dan Bersatu memiliki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semalam Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan kerajaan negeri agar memberikan peruntukan adil kepada ADUN pembangkang di negeri ini selari dengan landskap politik yang berubah ke arah lebih matang.

Dalam pada itu Ketua Pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, titah baginda itu perlu dianggap sebagai satu arahan kepada kerajaan negeri.

“Bagi kami peruntukan ini penting terutama sekali berkaitan dengan peruntukan kecil, katakanlah berlaku ribut di sesuatu kawasan, mangsa akan datang ke pusat khidmat, dana perlu disalurkan segera,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI