fbpx

Peniaga caj serendah 20 sen sediakan surat cuti sekolah, berhenti kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Ihsan media sosial

PETALING JAYA – Peningkatan kos sara hidup ketika ini memaksa orang ramai untuk melakukan pelbagai kerja dan perkhidmatan bagi menampung keperluan perbelanjaan mereka.

Tinjauan Kosmo! di platform e-dagang hari ini mendapati, ramai peniaga mula menawarkan perkhidmatan menyediakan surat rasmi termasuklah surat tidak hadir ke sekolah dan perletakan jawatan.

Perkhidmatan tersebut dikenakan bayaran bermula serendah 20 sen sehingga RM10.

Tangkap layar perkhidmatan menyediakan surat rasmi di platform e-dagang.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pelanggan telah memberikan ulasan yang memuaskan berhubung perkhidmatan tersebut selain ada yang beranggapan ia memudahkan urusan ibu bapa serta orang ramai dalam menyediakan surat rasmi.

“Seller (peniaga) sangat baik, memudahkan urusan saya nak sediakan surat berhenti kerja kepada syarikat, cuma perlu berikan maklumat berkaitan, dan kurang daripada dua jam dah dapat kt email. Harga servis pun murah,” komen Atilia.

“Fast edit (suntingan pantas), senang kerja kami yang sibuk kerja ini. Tinggal ‘print out’ sahaja surat yang ‘seller’ hantar di email. Terima kasih kerana menawarkan perkhidmatan memudahkan urusan orang lain,” puji @doublestar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI