fbpx

Kemudahan Hartalega di Bestari Jaya ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks pengeluaran sarung tangan milik Hartalega di Sepang lebih berdaya saing, moden dan cekap kos operasinya. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kemudahan Bestari Jaya milik Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) telah ditamatkan dan operasinya akan disatukan di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi akan datang syarikat di Sepang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kuan Mun Leong berkata, ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Menurut beliau, penyahtauliahan kemudahan Bestari Jaya yang terdiri daripada empat kilang pengeluaran yang sebahagiannya telah beroperasi sejak 2004 itu, dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

 “Ini adalah keputusan yang sukar namun ia perlu dilaksanakan untuk memastikan Hartalega dapat mengharungi landskap pasaran yang mencabar. 

“Dengan tempoh kira-kira enam bulan untuk penyahtauliahan selesai, kami telah melaksanakan langkah-langkah untuk membantu pekerja yang terjejas, yang mana ia termasuk peluang untuk penempatan semula ke kemudahan NGC kami.

“Ia berkaitan dengan pakej pemberhentian yang kompetitif, bagi pekerja yang terjejas pula akan disediakan dengan  sokongan penempatan dalam tempoh enam bulan, khidmat bantuan yang dedikasi untuk menangani sebarang kebimbangan dan pertanyaan pekerja.

“Turut disediakan bantuan sumber manusia dan kaunseling perseorangan untuk kakitangan yang terjejas serta menyediakan pelan strategik lima tahun untuk memperkukuh daya tahan perniagaan dan kemampanan jangka panjang,” ujarnya.

Tambah Mun Leong, berbanding barisan pengeluaran tercanggih di kemudahan NGC syarikat, kemudahan Bestari Jaya kurang cekap dan dihadkan oleh teknologi lama, menjana tenaga dan kos buruh yang lebih tinggi dan juga kos penyelenggaraan yang lebih tinggi disebabkan usia kemudahan di situ. 

“Oleh itu, sebaik sahaja penyahtauliahan selesai, kami menjangkakan terdapat pengurangan dalam kos operasi dan susut nilai, yang akan memberi manfaat langsung kepada pendapatan kami,” jelas beliau.

Berikutan langkah penyahtauliahan, Hartalegat menjangka untuk mengiktiraf kerugian kemerosotan nilai sebanyak RM347 juta untuk tahun kewangan (TK) 2023 dan peruntukan selanjutnya untuk kos pemberhentian dan perbelanjaan obligasi kontrak berjumlah lebih kurang RM70 juta untuk TK 2024. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI