fbpx

Kedudukan matahari searah kiblat di Selangor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayang matahari se arah kiblat.

PETALING JAYA – Umat islam di negeri Selangor berpeluang melakukan semakan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan bayang-bayang dihasilkan pantulan cahaya matahari petang ini.

Jabatan Mufti Selangor memaklumkan fenomena itu hanya akan berlaku pada pukul 3.48 petang.

Katanya, antara langkah penting yang perlu diikuti adalah perlu merujuk waktu yang tepat berdasarkan Waktu Piawai Malaysia.

“Seterusnya, gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain atau benang yang diikat batu pemberat (ladung).

“Kemudian, bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat, InsyaAllah,” katanya dalam sebuah hantaran di Facebook, hari ini.

Menjelaskan lagi proses tersebut, arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap Matahari.

“Akhir sekali, tandakan garis bayang yang terhasil sebagai arah kiblat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI