fbpx

69 balai bomba usia lebih 50 tahun perlu dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming, diiringi Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, ketika melawat tapak pameran selepas Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Negeri Sembilan.-Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) telah mengenal pasti 69 balai bomba dan penyelamat di seluruh negara berusia melebihi 50 tahun yang perlu penambahbaikan dan naik taraf.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) , Nga Kor Ming, telah menyenaraikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bangunan JBPM sebagai salah satu daripada inisiatif Belanjawan 2023 KPKT.

Katanya, dengan peruntukan khas tambahan sebanyak RM50 juta dibawah Belanja Pembangunan disalurkan kepada JBPM.

“JBPM juga telah mengenalpasti 15 buah balai bomba dan penyelamat daripada senarai itu telah selesai dinaik taraf.

“Dua buah lagi sedangan dalam kerja naik taraf dan satu buah telah dimasukkan dalam permohonan untuk dinaik taraf dalam Rolling Plan ke-4 (RP4) tahun 2024,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Seremban di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI