fbpx

View Chin akhirnya dapat jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Selepas lebih sebulan dilanda pelbagai kontroversi, pempengaruh media sosial View Chin hari ini telah berkongsi kisah dapat bertemu anak-anaknya.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, View Chin atau nama View Chin Hau telah berkongsi beberapa keping gambar bersama dua orang anak perempuannya.

“Finally (akhirnya dapat berjumpa anak ku,”tulisnya pada sekeping gambar.

Difahamkan, View Chin tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya sejak beberapa bulan lalu ekoran krisis rumah tangga yang dialaminya bersama bekas isteri, Shermine Ah Moi.

Sebelum ini, View Chin mendedahkan dia terpaksa menghubungi Shermine kerana rindu dengan tiga orang anaknya dan meminta bekas isterinya itu berkongsi foto dan video anak mereka.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.

Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bag mempromosikan produk mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI