fbpx

Baki tiga rakyat Malaysia dari Sudan selamat tiba di tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baki tiga rakyat Malaysia di Sudan selamat tiba di Terminal 1 KLIA pagi tadi. - Foto ihsan WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Baki seramai tiga warga Malaysia yang terkandas di Sudan akhirnya selamat tiba di tanah air hari ini dengan menaiki pesawat Saudi penerbangan SV842.

Penerbangan mereka menerusi pesawat Boeing 787-9 dilaporkan mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 4.21 pagi tadi.

Tiga rakyat Malaysia itu terdiri daripada seorang wanita, Junaidah Selamat, 49, dari Jeram, Selangor selain dua orang anaknya iaitu Mohamad Ashraf, 18, dan Juliana Ashraf, 23.

Wisma Putra berkata, mereka menetap di wilayah Al Gaza dan berjaya memaklumkan keberadaan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia pada 30 April lalu.

“Selaras dengan mandat kerajaan, Pasukan Khas Operasi Sudan telah terus bertindak menggerakkan usaha membawa keluarga ini keluar dari negara bergolak itu.

“Mereka berjaya melalui jalan darat dengan menaiki sebuah bas dari Khartoum ke Port Sudan pada 2 Mei sebelum diangkut dengan kapal tentera laut Arab Saudi pada 4 Mei,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, misi berkenaan sama juga seperti proses evakuasi kumpulan pertama melibatkan seramai 30 warga Malaysia yang menaiki kapal tentera milik Arab Saudi di pelabuhan itu pada 26 April lalu.

“Malaysia juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama kerajaan Arab Saudi atas usaha membawa mereka keluar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI