fbpx

Amaran ribut petir di lima buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda sehingga pukul 9 malam nanti.

“Keadaan itu diramalkan berlaku di Kedah daerah Sik dan Baling, manakala di Kelantan pula ialah di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Selain itu, keadaan sama turut diramal berlaku di Terengganu di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Menurut hantaran itu lagi, hujan lebat juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan daerah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sibu, Mukah (Mukah), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara itu di Sabah pula, cuaca sama boleh berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran sama juga dikeluarkan untuk seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI