fbpx

2 remaja maut, motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan di di Jalan Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum bertembung dalam kejadian di Jalan Felda Air Tawar 4 di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8.40 malam itu menyebabkan mangsa dikenali Mohamad Haiqal Sahreldan dan Muhammad Iman Firdaus Norhisham masing-masing berusia 17 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan melibatkan motosikal Yamaha Y15 ZR dinaiki mangsa dengan sebuah lagi motosikal jenis sama.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa (penunggang motosikal Yamaha Y15 ZR) dari Felda Air Tawar 4 menghala ke Felda Air Tawar 5 semasa sampai di jalan utama Felda Air Tawar 4 hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15 ZR,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua remaja tersebut cedera parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI