fbpx

258 kediaman terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL (tengah) melawat salah sebuah rumah yang rosak akibat dibadai ribut pada 4 Mei lalu sambil diberi penerangan oleh pemilik rumah Hamidah Mohamed (kanan) ketika membuat tinjauan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jumlah keseluruhan kediaman yang terjejas akibat kejadian ribut di Kampung Melayu Majidee di sini kelmarin sebanyak 258 buah.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, ia jumlah akhir yang diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas semua mangsa selesai membuat pendaftaran.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, pihaknya berharap bantuan awal diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kelmarin akan diberikan secara sama rata kepada semua keluarga terjejas.

“Sebagai bantuan segera, Pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM80,000 kepada yang terjejas pada minggu ini juga. Saya tahu jumlah itu mungkin tidak besar, tetapi ia akan disegerakan.

“Sumbangan diberi bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi juga keperluan harian termasuk makanan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa kediaman yang terjejas dalam kejadian ribut di Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah turut berharap kerajaan negeri melaporkan kejadian yang berlaku kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memandangkan kerajaan negeri mempunyai akses kepada dana Nadma.

Semalam, Onn Hafiz memaklumkan kerajaan negeri akan memberikan bantuan awal berjumlah RM3,000 kepada keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI