fbpx
Lelaki itu menggoncang isterinya di luar sebuah hospital di wilayah Hubei, China. - Sanook

Suami tertekan bebanan rumah tangga goncang isteri selepas disahkan hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang suami menangis ketika menggoncang isterinya di luar sebuah hospital di wilayah Hubei, China kerana tertekan akibat masalah kewangan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial China, wanita hamil itu pengsan selepas si suami menggoncang badannya sambil menjerit.

Pasangan itu dikatakan berkahwin baru-baru ini. Lelaki itu membawa isterinya yang tidak sihat ke hospital di mana wanita itu disahkan hamil.

Khabar gembira itu bertukar duka kerana pasangan itu tidak mampu menyara anak berikutan masalah kewangan. 

Wanita berkenaan dikatakan menganggur dan hanya bergantung kepada pendapatan suaminya sebanyak 5,120 yuan (RM3,288) sebulan.

Selepas menerima berita kehamilan itu, lelaki tersebut beremosi apabila mengira perbelanjaan mereka di masa hadapan. 

Lelaki itu kecewa apabila teringat bahawa isterinya baru-baru ini membeli set kosmetik mahal berharga 3,800 yuan (RM2,439).

Dia buntu kerana perlu membayar pinjaman kereta dan elaun bulanan yang diberikan kepada isterinya sebanyak 5,000 yuan (RM3,209). 

Disebabkan enggan kehilangan anak dalam kandungan, satu-satunya perkara yang boleh dilakukan untuk melepaskan kemarahan adalah dengan menggoncang badan isterinya.

Dia juga gagal menahan air mata dan menangis di atas lantai hospital. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN