fbpx

Mesyuarat keselamatan PRN minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perincian persiapan dan persediaan keselamatan berhubung pengendalian Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan ditentukan minggu depan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, mesyuarat mengenainya akan dipengerusikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan kekuatan anggota dan pegawai akan dikekalkan sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Mungkin akan ada sedikit perubahan kerana ia hanya membabitkan enam negeri sahaja.

“Setakat ini, kami difahamkan sebanyak 3,200 pusat mengundi dan 17,000 saluran mengundi membabitkan enam negeri berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Kejohanan Tembak RMP Open Championship Level III di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, di sini hari ini.

Katanya, beliau juga sudah mengarahkan ketua polis negeri di negeri terbabit untuk menggunapakai kekuatan anggota dan pegawai sedia ada.

Hazani yang juga Pengarah Operasi PDRM PRU15 yang lalu berkata, beliau yakin PRN kali ini berjalan lancar berdasarkan pengalaman mengendalikan PRU15 yang lalu.

“Saya tahu rakyat Malaysia cukup cerdik dan bijak serta takkan timbul kekecohan dan sebagainya nanti.

“PRU15 lalu berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak malah, rakyat Malaysia sudah cukup berdisiplin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.