fbpx

Lelaki dijel 12 bulan, tertembak rakan disangka kijang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki (dua dari kiri) didakwa atas tuduhan tertembak rakannya semasa memburu di Mahkamah Majistret Bahau, semalam.

JEMPOL – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas tuduhan tertembak rakannya semasa memburu di Jelebu, bulan lalu.

Tertuduh yang hanya bekerja kampung, Amran Abd Radzak, 52, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Majistret turut memerintahkan dua bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut dan di mahkamah sama, tertuduh turut berhadapan dengan dua pertuduhan lain iaitu memiliki senapang patah buatan sendiri dan dadah.

Bagaimanapun, tertuduh hanya mengaku salah bagi kesalahan dadah dan tidak bagi pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh dengan niat telah menyebabkan kematian seorang lelaki di kawasan hutan Muka Sauk, Kuala Klawang, Jelebu kira-kria pukul 3 pagi, 24 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki selaras senapang patah buatan sendiri, 13 butir peluru hidup dan tiga butir kelongsong peluru di lokasi sama pada 26 April lalu (kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960).

Bagi pertuduhan ketiga, pada 25 April kira-kira 5 pagi, di pekarangan Balai Polis Titi di Jelebu telah ada dalam milikan tertuduh satu peket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 0.75gram (pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952).

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan kes disebut semula 1 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI