fbpx
Tangkap layar keadaan ‘king’ yang terjunam ke dalam longkang.

‘King’ terjunam dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok berkongsi detik lucu apabila sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih, terjunam ke dalam longkang tanpa pemilik dipercayai berlaku di Muar, Johor.

Menerusi video yang dimuat naik Yamatekudasai di TikTok miliknya, kelihatan tayar hadapan kereta itu terjunam ke dalam longkang menyebabkan bahagian belakangnya terangkat ke arah jalan raya.

Bagaimanapun, punca kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh dan musykil bagaimana kereta itu boleh terjunam ke dalam longkang.

“Dekat Malaysia ni ada dua je, kalau bukan ‘oyen’ (kucing), mesti Myvi. Seloroh  seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Is.

“Aku pun biasa macam ini, puas dah gelak diri sendiri. Benda nak jadi ‘bos’. Santai-santai sahaja lah,” komen Cik Nia.

“Apa yang peliknya,” komen Soider Din.

Video tersebut menjadi tular di Aplikasi TikTok dengan tontonan sebanyak 609,000, 80,600 tanda suka dan 2,091 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN