fbpx

Tapak kaki Pak Belang gemparkan penduduk Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan tapak kaki harimau belang yang bersaiz tapak tangan manusia ditemui pekerja berdekatan Kampung Sungai Bari, Setiu kelmarin.

SETIU – Penduduk Kampung Sungai Bari di sini, dilanda kebimbangan berikutan penemuan kesan tapak kaki haiwan liar dipercayai harimau di perkampungan mereka kelmarin.

Kesan tapak kaki harimau berkenaan ditemui beberapa pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sewaktu memulakan tugas pada sebelah pagi.

Kejadian terbaharu itu berlaku kurang dua bulan selepas kemunculan dua ekor harimau belang yang menggemparkan 380 penduduk Kampung Merbau Menyusut di sini pada Mac lalu.

Pengarah Jabatan Perlindu­ngan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihak­nya telah menghantar pengawai ke lokasi berkenaan sebaik menerima maklumat berhubungan penemuan tapak kaki haiwan berkenaan.

“Berdasarkan kesan tapak kaki itu, kita percaya ia milik se­ekor harimau belang yang datang dari hutan simpan berhampiran.

“Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang aduan kes serangan terhadap haiwan ternakan dan penduduk,” katanya di sini semalam.

Berita berkaitan: Harimau belang mengganas di Merbau Menyusut

Sehubungan itu, Kean Seong mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada ekoran perkembangan terbaharu itu.

“Jika terserempak dengan harimau belang, segera maklumkan kepada Perhilitan.

“Jangan lakukan perkara yang boleh mengancam nyawa seperti menghampiri haiwan buas itu semata-mata untuk mengambil gambar atau video,” tegasnya.

Kosmo! pada 17 Mac lalu me­laporkan, bangkai tiga ekor lembu ternakan ditemui dipercayai selepas diserang harimau belang di Kampung Merbau Menyusut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Merbau Menyusut, Mohd. Zamri Embong berkata, beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dengan kelibat seekor harimau betina dan anaknya di sekitar lokasi penemuan bangkai lembu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI