fbpx

Tiga kereta rosak dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang rosak dalam kejadian pokok tumbang di Equine Park Jalan 9E, Serdang, hari ini.

SERDANG -Empat buah kereta mengalami kerosakan selepas duah buah pokok tumbang dalam kejadian di Equine Park Jalan 9E, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pada pukul 5.20 petang.

Menurut beliau, enam anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati kemalangan melibatkan dua batang pokok yang beranggaran ketinggian 15 meter telah tumbang.

“Insiden itu menyebabkan tiga buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir dihempap pokok tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hafisham, pihaknya bertindak memotong pokok tersebut dan mengalihkannya ke tempat yang selamat.

“Bagaimanapun, tiada mangsa direkodkan dalam insiden ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI