fbpx

Sonny Bill puji rakyat Malaysia salam cium tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sonny Bill bersama isterinya di Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

PETALING JAYA – Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams memuji sebuah keluarga Malaysia yang ditemuinya ketika berada di Mekah, Arab Saudi.

Dalam pertemuan itu, Sonny Bill akui tersentuh apabila tiga kanak-kanak lelaki bersalaman dengannya sambil menundukkan kepala dan mencium tangan sebagai tanda hormat.

“Sebuah keluarga Malaysia bersama tiga budak lelaki meminta saya bergambar hari ini.

“Ketika tiga kanak-kanak itu salam tangan saya, mereka memandang ke mata saya, menundukkan kepala mereka dan menyentuh belakang tangan saya dengan dahi mereka.

“Anak-anak ini mempunyai kehormatan yang tinggi dalam nilai kekeluargaan dan ia merupakan saat yang indah,” katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ramai bersetuju dan menjemput Sonny Bill sekeluarga untuk berkunjung ke Malaysia.

“Saya suka rakyat malaysia. Saya mempunyai kenangan yang luar biasa tentang masa kami di sana. Seluruh keluarga datang kepada kami untuk mengambil gambar bersama dan memeluk kami,” kata Atilla.

“Ia adalah sebahagian daripada adat Melayu muslim di sini, jemput datang ke malaysia,” ujar Buddy.

Sehubungan itu, Sonny Bill berkata, dia sekeluarga akan membuat kunjungan ke Malaysia selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI