fbpx

Pemandu e-hailing terima penumpang misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duit lama serta destinasi penumpang misteri berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berkongsi kisah seram apabila menerima penumpang misteri baru-baru ini.

Menurut perkongsian lelaki itu di Facebook, kejadian itu berlaku apabila dia mendapat pesanan untuk menjemput penumpang berkenaan di Samarahan.

“Alhamdulillah. Pengalaman paling berharga selama saya buat e-hailing. Dapat ‘order’ daei Samarahan, seorang wanita berbaju kurung, wangi.

“Memang tidak syak apa-apa dari mula masuk kereta, dia minta untuk buka cermin. Nasib baik hujan tak lebat,” katanya.

Katanya, wanita itu kemudian meminta lelaki tersebut untuk memberhentikan kenderaan sebaik sahaja tiba di suatu tempat.

“Sekali toleh belakang orangnya sudah tiada. Tuhan saja tahu rasanya ketika itu, tapi tidak mengapa.

“Itu pengalaman paling berharga seumur hidup saya. Dia tinggal duit RM1, RM2 lama serta duit 5 sen. Tak mampu naik taip apa-apa lagi, ‘jem’,” tambahnya.

Pada hantaran itu juga, lelaki tersebut berkongsi dua keping gambar menunjukkan duit lama yang ditinggalkan oleh penumpang misteri itu di tempat duduk belakang serta lokasi dia menurunkan penumpang berkenaan.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna yang menganggap kejadian itu menyeramkan.

“Nasihat saya, jangan simpan duit tu. Bungkus baik-baik, kemudian tanam. Takut tuan punya duit akan kerap datang ke rumah kamu nanti,” kata Indera.

“Hantu pun tinggalkan duit. Kawan tumpang pun tinggalkan sampah atau pasir je,” seloroh Fatin.

“Jangan balik ke rumah terus. Singgah dulu mana-mana, atau cari kawan untuk teman jumpa orang pandai berubat. Kita tidak tahu apa-apa dengan alam mereka, apa pun fikir baik-baik saja,” kata Rudy.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 12,000 perkongsian dan 90 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI