fbpx

Mahkamah: Lans Koperal mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah RM700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Elfie Faizal (kanan) diringi anggota polis selepas didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM700 di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM700, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Elfie Faizal Che Min, 35, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas di Balai Polis Pokok Assam, Taiping didakwa meminta suapan wang tunai RM300 daripada seorang individu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit yang menjalankan perniagaan barang lusuh dengan lesen yang telah tamat tempoh.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam Pejabat Siyian Trading di Lorong Perusahaan Pengkalan 1, Taman Perindustrian Pengkalan di Taiping pada pukul 3.40 petang, 17 Mei 2017.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan kedua apabila didakwa telah secara rasuah memperoleh suapan iaitu wang tunai RM300 daripada individu serupa di lokasi, masa dan tarikh sama dan kes dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta sama.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki yang telah berkhidmat selama 15 tahun dengan pasukan polis itu didakwa menerima suapan wang tunai RM400 daripada lelaki sama melalui seorang lelaki lain untuk tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan barang lusuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI