fbpx

Wanita maut terjatuh di celah lif, mayat ditemui 3 hari kemudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asiyah kelihatan panik apabila pintu lif tidak terbuka. - Mothership

JAKARTA – Seorang wanita warga Indonesia maut selepas terjatuh di celah antara lif dan lantai sebuah bangunan lapangan terbang ketika berjalan keluar, lapor laman berita Mothership kelmarin. 

Tragedi yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada 24 April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, Indonesia.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 27 April lalu setelah ditemui di bawah lif.

Menerusi rakaman CCTV yang tular di media sosial, wanita bernama Asiyah Sinta Hasibuan dilihat memasuki sebuah lif dua pintu. 

Asiyah dilihat panik ketika menekan tombol berkali-kali kerana pintu lif di hadapannya tidak terbuka. Dia tidak menyedari bahawa pintu di belakangnya yang terbuka.

Apabila pintu di hadapannya terbuka, Asiyah segera melangkah keluar namun terjatuh ke dalam celah antara lif dan lantai. 

Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang apabila menerima panggilan daripada anak saudaranya yang disekat oleh kakitangan lapangan terbang kerana masalah dokumen.

Dia bergegas kembali ke lapangan terbang sambil menelefon anak saudaranya di dalam lif. 

Anak saudaranya berasa pelik kerana Asiyah tidak muncul dan gagal dihubungi. Dia kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada kakitangan lapangan terbang.

Beberapa hari selepas itu, kakitangan lapangan terbang menghidu bau busuk di sekitar lif dan pasukan penyelenggaraan akhirnya menemui mayat mangsa.

Insiden itu dilaporkan kepada Polis Sumatera Utara dan pihak berkuasa lapangan terbang turut membantu dalam siasatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI