fbpx

Wajah Sabri Yunus pada gambar Mohamad Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah Sabri disunting pada gambar Mohamad Salah.

PETALING JAYA – Pengarah, pelakon serta pelawak vateran, Sabri Yunus memaparkan wajahnya di atas gambar pemain bola sepak Liverpool, Mohamad Salah dengan teknik suntingan melalui telefon bimbit.

Sabri yang terkenal menerusi telefilem, Pak Ya Cong Codei itu kini menjadikan teknik suntingan tersebut sebagai hobinya dan sering sahaja memuat naik hasil suntingan tersebut di laman sosial Facebook miliknya.

Bukan hanya Mohamad Salah, malah Sabri telah menghasilkan pelbagai teknik suntingan termasuk beberapa pemimpin dunia, selebriti serta atlet ternama dunia.

Antara tokoh dan selebriti yang pernah dijadikan sebagai bahan suntingannya adalah, Barack Obama, Deago Maradona, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri P. Ramlee, Eric Cantona, Zizan Razak serta ramai lagi.

Hobi tersebut dikatakan telah lama dilakukan oleh pelakon itu sejak 2017, namun kali ini Sabri lebih kerap memuat naik hasil karyanya.

Rata-rata pengguna media sosial juga tertarik dengan hasil suntingan yang dilakukan dan tidak kurang juga ada yang meminta Sabri untuk menghasilkan teknik suntingan tersebut pada tokoh-tokoh dunia yang lain.

“Gambar yang abang Sabri edit ni semua nampak macam betul, buat la lagi abang Sabri letak dekat tokoh-tokoh dunia yang lain,” jelas Firdaus Fir.

“Paling nampak ‘real’ gambar Mo Salah dengan Diego Maradona, kadang kalau kita perhati Sabri Yunus akan guna tokoh ni ketika ada isu berkaitan tokoh tersebut,” kata Farah Nadia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI