fbpx

Lisa Blackpink cacah tatu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA BLACKPINK

BIARPUN tatu masih perkara tabu dalam masyarakat Korea Selatan, anggota Blackpink, Lisa nampaknya tidak takut-takut mendedahkan tatu baharunya kepada peminat dalam sebuah konsert di Mexico, baru-baru ini.

Pendedahan tersebut menjadikan peminat di Mexico kelompok pertama yang dapat melihat secara jelas kedudukan tatu baharu Lisa pada bahagian lengannya.

Penyanyi asal Thailand itu juga sengaja tiba-tiba membengkokkan lengan bagi menampakkan tatunya ketika menjayakan konsert.

Malangnya, foto yang diambil peminat agak kabur dan imej tatu tersebut kelihatan tidak jelas.

Ada antara peminat yang meneka tatu tersebut berbentuk bunga lili bersayap. Ada yang berpendapat, tatu tersebut berbentuk pari-pari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI