fbpx

Tiga cedera, nenek tak ada lesen buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Kelisa dipandu warga emas yang terlibat dalam nahas di Jalan Pantai Puteri, Melaka, semalam.

MELAKA – Gara-gara seorang wanita warga emas membuat pusingan U secara mengejut, tiga remaja terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam nahas di Jalan Pantai Puteri di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Adam Romy, 17, mengalami patah pergelangan tangan, manakala Muhammad Nur Azrin Rosli, 16, retak tumit serta luka-luka di kaki.

Seorang lagi, Mimi Norasyikin Rosman, 15, bengkak di bahagian belakang kepala dan bahu kiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang wanita warga emas berusia 73 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa membuat pusingan U secara mengejut.

“Siasatan awal, wanita itu sebelumnya dari arah Sungai Udang hendak ke kedai makan di Pantai Puteri tetapi apabila tiba di tempat kejadian dia telah membuat pusingan U secara mengejut.

“Mangsa, Muhammad Adam dan Muhammad Nur Azrin yang masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC serta Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh Kelisa berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tambahnya, kereta tersebut kemudian telah terbabas ke gerai sebelah kiri jalan dan melanggar seorang lagi remaja perempuan Mimi Norasyikin yang ketika itu hendak membuka gerai jualan keluarganya.

“Akibat kemalangan itu, tiga remaja telah mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan semakan lanjut mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI