fbpx

Mohd. Na’im lakukan pembedahan kecil buang batu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Mohd. Na'im di laman Facebook.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar kini berada di sebuah hospital bagi melakukan pembedahan kecil.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi X, Mohd. Na’im memberitahu bahawa pembedahan itu bagi membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

Jelasnya, prosedur tersebut akan dijalankan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,” tulisnya di X.

Pada masa sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.

“Mohon sahabat-sahabat doakan kejayaan pembedahan dan diberikan kesembuhan serta keafiatan kepada diri saya.

“Saya juga pohon kita sama-sama doakan saudara-saudara kita di Palestin semoga bebas daripada ancaman rejim Zionis Israel laknatullah,” kata Mohd Na’im. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI