fbpx

Dua gengster Taiwan diberkas di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas dua ahli kongsi gelap warga Taiwan yang memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) selepas disyaki terlibat dengan kes tembakan di negara itu, Khamis lalu.

Hasil tangkapan itu, PDRM telah menyerahkan kedua-dua suspek kepada wakil polis negara berkenaan yang hadir untuk dibawa pulang ke negara asal mereka sekitar pukul 2.45 petang, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kedua-dua suspek telah ditahan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika memasuki negara ini melalui penerbangan dari negara Taiwan.

Kata beliau, suspek tersebut diberkas pasukan polis susulan waran tangkap oleh pihak berkuasa dan pembatalan pasport oleh kerajaan Taiwan sudah dikeluarkan.

“Tangkapan kedua-dua suspek dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 ketika tiba di balai ketibaan KLIA.

“Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat PDRM dengan pihak berkuasa Taiwan dan kolaborasi ini akan diteruskan untuk mengenal pasti rangkaian jenayah berkaitan kedua-dua suspek di Malaysia,” katanya dalam kenyataam hari ini.

Tambah Acryl, pihaknya amat komited dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

“Justeru, langkah-langkah keselamatan akan diambil bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan negara transit atau destinasi bagi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI