fbpx

Suaram diminta meneliti dahulu setiap kritikan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

SUNGAI BULOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) supaya lebih objektif dalam mengkritik kerajaan berhubung kepesatan reformasi di negara ini.

Bagi meneruskan agenda reformasi, Anwar berkata adalah penting bagi kerajaan untuk memberi perhatian dan mengelak daripada membuat sebarang kesilapan politik.

Jelasnya, kerajaan kini begitu komited dalam isu berhubung hak asasi manusia, antara pendekatan yang dibawa oleh kerajaan ialah menghapuskan hukuman mati mandatori di negara ini.

“Kami (kerajaan) komited dalam isu hak asasi manusia. Kami telah melakukan langkah-langkah dan setiap perundangan yang kami lihat…tetapi anda perlu memberi masa (untuk kami melakukan reformasi).

“Saya nasihatkan Suaram supaya lebih menyokong atau patut saya katakan perlu ada objektif dalam kritikan mereka.

“Kami berurusan dengan rakyat. Kita telah melihat kesilapan dengan (cubaan ratifikasi) Icerd (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Suaram mengkritik Anwar akan menjadi Perdana Menteri ‘paling teruk’ jika gagal menunaikan janji reformasi yang telah dibuat Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Dengan menyifatkan kerajaan lambat dalam memperkenalkan dasar berkaitan melindungi hak asasi manusia, Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy mempersoalkan tekad politik kerajaan untuk mengubah undang-undang zalim dan kuno di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI