fbpx

[VIDEO] Lelaki curi beg ketika solat zuhur di Masjid Muhammadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mencuri sebuah beg milik jemaah lain di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

PETALING JAYA – Satu klip video dari televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah masjid menyaksikan seorang lelaki berjaya mencuri beg jemaah lain ketika menunaikan solat berjemaah.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan seorang jemaah lelaki bangun selepas menunaikan solat lalu mencapai beg jemaah lain yang diletakkan di tiang.

Video yang dikongsi seorang pengguna media sosial Facebook Cik Yah memberitahu, mangsa merupakan anak lelakinya dan kejadian berlaku ketika mangsa solat zuhur berjemaah di masjid tersebut semalam.

“Tolong viralkan, lelaki tersebut larikan beg anak saya ketika beliau sedang sujud ketika solat zuhur di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

“Pakat-pakat viralkan, terima kasih kepada yang menolong, kerjasama anda amat dihargai,” jelasnya – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI