fbpx

Telinga asyik berdengung, rupanya ada labah-labah bersarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor menemui labah-labah bersarang dalam telinga pesakit berkenaan. - Hospital Rakyat Daerah Huidong/ Asiawire

BEIJING – Seorang wanita berusia 40 tahun di China terkejut apabila doktor menemui seekor labah-labah bersarang di dalam telinganya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita itu pada awalnya pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mendengar bunyi berdengung secara berterusan pada telinga kanannya.

Video yang dirakam di Hospital Rakyat Daerah Huidong, wilayah Sichuan menunjukkan seorang doktor memasukkan tiub kecil berkamera yang dilengkapi penyepit ke dalam telinga pesakit.

Dia kemudian menemui sarang sutera yang disangka gegendang telinga. Setelah mengupasnya, seekor labah-labah meluru keluar dan ‘menyerang’ kamera tersebut.

Haiwan itu dipercayai membina sarang di dalam telinga wanita itu ketika ingin bertelur.

Pakar perubatan Jabatan Otolaryngologi, Han Xinglong berkata: “Sarang yang dibina sangat mirip dengan gegendang telinga.

“Ketika alat endoskop mula-mula masuk, tiada perkara ganjil ditemui. Namun, apabila anda melihat dengan lebih teliti, ada sesuatu bergerak di dalamnya.

“Ia (labah-labah) hampir melarikan diri tetapi akhirnya berjaya dibawa keluar,” katanya.

Wanita itu bernasib baik kerana labah-labah itu tidak beracun dengan pesakit hanya mengalami kerosakan kecil pada saluran telinganya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI