fbpx

2 juta botol Happy Grains terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasif bersama produk keluaran Happy Grains.

PETALING JAYA – Sejak diper­kenalkan pada tahun 2015, jenama minuman bijirin berkhasiat, Happy Grains telah terjual sebanyak dua juta botol.

Pengasas Bersama dan Ke­tua Pegawai Pemasaran Happy Grains Holdings Sdn. Bhd., Go Kiam Seng berkata, pihaknya optimis menerusi promosi berterusan termasuk promosi pakej raya 2023, angka jualannya akan terus meningkat.

“Happy Grains adalah jenama yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan te­lah menerima pengiktirafan daripada Asia Halal Brand Awards 2019, jadi pengguna beragama Islam boleh menikmati mana-mana produk Happy Grains tanpa rasa waswas.

“Minuman ini mengandungi 46 jenis nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dan kaya dengan mineral, vitamin B dan serat makanan, ditawarkan dalam tiga perasa yang boleh dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak berusia lapan bulan ke atas,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Kiam Seng menambah, bagi menyokong jualan, syarikat turut melantik penyanyi lagu Dilema iaitu Hasif Upin selaku duta Happy Grains.

Memiliki 3.7 juta pengikut di akaun TikTok miliknya, Hasif bergelar penyanyi selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group.

“Pemilihan Hasif atau nama sebenarnya, Muhammad Hasif Sharuddin sebagai duta bijirin sihat dianggap tepat kerana beliau yang sentiasa sibuk dengan pelbagai undangan termasuklah sepanjang Ramadan bersahur dengan Happy Grains.

“Apatah lagi orang bujang se­perti Hasif memerlukan penyediaan makanan yang ringkas, namun berkhasiat untuk kekal aktif sepanjang hari,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI