MARANG ā Penyalahgunaan dadah yang sering dikaitkan dengan remaja kampung dan individu yang kurang berpendidikan sebenarnya turut menghancurkan hidup ramai golongan profesional.
Lebih membimbangkan apabila golongan ini dikatakan memilih dadah sintetik seperti syabu sebagai pilihan kerana dipercayai mampu memberi tenaga dan keyakinan diri.
Kebanyakan daripada golongan profesional ini adalah mereka yang berpendidikan tinggi dan memiliki profesion hebat seperti doktor, jurutera, pensyarah, perunding kewangan dan pelajar universiti.
Seorang bekas doktor di sebuah hospital kerajaan dikenali Hassan, 35, (bukan nama sebenar) berkata, kariernya sebagai pengawai perubatan berakhir sejak setahun lalu dan dia kini sedang menjalani pemulihan di PerkampuĀngan Darul Barakah, Marang.
Katanya, dia mula berjebak deĀngan najis dadah ketika berusia 13 tahun, iaitu sewaktu berada di sebuah sekolah berasrama penuh.
āSaya mengenali dadah daripada seorang pekerja dewan makan asrama. Pada mulanya, saya sekadar mahu mencuba dan suka-suka, tetapi lama-kelamaan menjadi ketagih.
āKerap juga curi-curi keluar asrama untuk mencari bekalan dadah. Begitupun, akademik saya tetap cemerlang sehingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,ā katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Hassan berkata, sebaik menamatkan pengajian, kerjaya kedoktorannya bermula di sebuah hospital kerajaan.
Dia yang masih bujang berkata, sekalipun sibuk merawat pesakit, namun ketagihan terhadap dadah tidak pernah berubah.
āSaya fikir saya bijak menyembunyikan perilaku buruk sebagai penagih dadah, namun silap.
āBak kata pepatah ābangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiruā. Akhirnya, rahsia saya terbongkar dan lesen perubatan saya digantung,ā katanya.
Menurut Hassan, dia tidak menyangka masa depannya hancur sehingga melukakan hati orang tua yang selama ini menganggap dirinya sebagai kebanggaan keluarga.
āInsya-Allah, saya akan selesai menjalani pemulihan selama 14 bulan dalam tempoh dua bulan lagi.
āSaya berhasrat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai āinsan baharuā, menyambung semula lesen perubatan agar dapat diberi peluang kedua berkhidmat sebagai doktor,ā katanya.

Sementara itu, Sahar (bukan nama sebenar) memberitahu, kehidupannya sebagai seorang mahasiswa di sebuah institusi peĀngajian tinggi awam turut berĀakhir gara-gara penglibatannya dengan dadah.
Pemuda berusia 28 tahun itu berkata, kelebihan sebagai seorang yang dikategorinya sebagai bijak pandai bukanlah satu jaminan untuk dia terlepas daripada sebarang pengaruh jahat termaĀsuk menagih dadah.
āSaya mula terjebak dengan pengambilan dadah iaitu jenis pil kuda sewaktu menuntut di universiti. Semuanya kerana pengaruh kawan-kawam yang mahu saya mencuba.
āLama-kelamaan, masalah ketagihan saya semakin kritikal sehinggakan saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana tidak mampu untuk fokus kepada pelajaran.
āSaya juga menghabiskan wang yang sepatutnya digunakan untuk pengajian dengan membeli pil kuda sebelum akhirnya ditangkap dalam satu serbuan,ā katanya.
Sahar berkata, selama mendapat pemulihan di PerkampuĀngan Darul Barakah di sini, dia mengakui cukup tenang walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga.
āMulanya agak kekok apatah lagi dengan rutin harian terutama sepanjang bulan Ramadan. Kami perlu bangun qiamullail, tadarus al-Quran, kuliah duha, solat berjemaah dan solat sunat tarawih.
āSaya melaksanakan ibadah tersebut dengan penuh penghaĀyatan dengan harapan dapat membersihkan jiwa,ā katanya. -KOSMO! ONLINE
















