fbpx

Aliran trafik perlahan di Karak, LPT 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan melalui CCTV LLM menyaksikan aliran trafik bergerak perlahan selepas Plaza Tol Bentong.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan sesak berikutan masih ramai pulang dari kampung halaman menunju ke ibu kota setakat pukul 2.30 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui laman Facebooknya memaklumkan, trafik kini dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1).

“Di KLK trafik perlahan dari arah Barat bermula dari Persimpangan Bentong Timur ke Bukit Tinggi dan Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak.

“Di LPT 1 pula, trafik perlahan dari arah Barat sebelum keluar Plaza Tol Karak arah ke Kuala Lumpur,” kata hantaran itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI