fbpx

[VIDEO] Ebit Lew sambut raya meriah bersama keluarga Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bergambar bersama sanak saudara berketurunan Cina semasa sambutan Aidilfitri di rumahnya semalam.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara berketurunan Cina di rumahnya semalam.

Berdasarkan gambar-gambar dan video yang dikongsikan, Ebit dan isteri serta empat anak memakai pakaian warna hijau menyambut tetamu terdiri daripada sanak saudaranya yang berketurunan Cina.

Perkongsian itu mendapat maklum balas daripada pengikutnya yang meninggalkan komen positif selain menyifatkan sambutan hari raya bersama keluarga besar adalah menyeronokkan selain lebih meriah.

“Saya suka tengok keluarga besar Ustaz Ebit Lew waktu hari raya,” komen suzanahbuang menerusi TikTok Ebit.

“Tahun Baharu Cina pun sambut, Hari Raya Aidilfitri pun sambut. Seronoknya,” kata Pisces meninggalkan komen.

Tidak kurang juga yang memberi ucapan hari raya selain mendoakan kesejahteraan Ebit berserta keluarga. – KOSMO! ONLINE

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI