fbpx

Saiful Lizan lawat APMM Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Lizan (tengah) bersama anggota APMM Perak di Lumut hari ini.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak hari ini menerima kunjungan pemangku Ketua Pengarah APMM, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim di sini.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bertugas pada Aidilfitri bukanlah suatu perkara yang asing bagi anggota APMM bahkan mereka sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan di laut.

Justeru, katanya, kunjungan Saiful Lizan tersebut turut bertujuan bagi memastikan anggota yang bertugas dalam musim perayaan sentiasa bersiap siaga dan komited dengan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

“Tugas ini perlu digalas dengan ikhlas demi menjaga kepentingan serta kedaulatan negara.

“Kebiasaannya pada musim perayaan, pasukan APMM berdepan dengan pelbagai kes kecemasan di laut yang memerlukan tindakan pantas dan maklum balas segera terhadap sebarang aduan yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hambali berkata, lawatan Saiful Lizan juga turut dilakukan ke pejabat anggota bot APMM Perak di Kampung Acheh, Sitiawan.

“Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Bot sempat meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada para anggota sebelum mereka memulakan operasi di laut ketika perayaan Aidilfitri,” katanya.

Tambah beliau, komuniti maritim diingatkan supaya peka terhadap cuaca dan sentiasa mengamalkan tatacara keselamatan di laut bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Bagi sebarang kejadian kecemasan, orang ramai diminta untuk menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI