fbpx

12 individu selamat setelah terperangkap kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Bomba sedang menyelamatkan 12 mangsa yang terperangkap akibat kepala sungai di Sungai Sendat, di sini, hari ini.

HULU SELANGOR – Seramai 12 individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kepala air ketika sedang mandi-manda di Sungai Sendat, di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.39 petang sebelum menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat 12 orang mangsa terperangkap didalam kepala air semasa menjalankan aktiviti mandi sungai di kawasan tersebut.

“Mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, dua wanita dan tujuh lelaki dewasa warganegara berusia lingkungan dua hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Morni, kesemua mangsa dibawa ke kawasan selamat dan mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI