fbpx

Muhammadiyah Indonesia sambut 1 Syawal hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan jemaah berhimpun bagi mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di depan pusat beli-belah Bekasi Cyber Park, Bekasi hari ini. - Kompas

BEKASI  – Anggota pertubuhan Islam Muhammadiyah mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di pekarangan pusat beli-belah Bekasi Cyber Park, wilayah Jawa Barat pagi ini, lapor portal berita berita Kompas. 

Berdasarkan penelitian Kompas, ribuan jemaah tiba ke sekitar parkir pusat beli-belah tersebut sejak pukul 5.30 pagi (waktu  tempatan). 

Barisan jemaah melimpah sehingga ke kawasan Jalan Ahmad Yani, namun ia tidak  mengganggu lalu lintas. 

Puluhan anggota gabungan tentera dan polis serta agensi perhubungan daerah mengawal sekitar pusat beli-belah itu bagi memastikan solat  sunat Aidilfitri berjalan dengan lancar. 

Sebelum ini, Pimpinan Pusat Muhammadiyah menetapkan bahawa Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari ini berbanding dengan tetapan pemerintah iaitu esok. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI