fbpx

Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan View Chin dan Ah Moi bersama tiga anak perempuannya sebelum mereka bercerai pada Disember tahun lalu.

PETALING JAYA – Jaga saya dengan anak-anak baik-baik dan pecat orang ketiga. Itu antara syarat diletakkan Shermine Ah Moi, bekas isteri kepada pempengaruh media sosial terkenal, View Chin bagi menjernihkan hubungan mereka yang sedang bergolak.

Shermine Ah Moi atau lebih mesra dikenali Ah Moi memberitahu, syarat berkenaan telah pun di­utarakan kepada View Chin untuk membaiki se­mula hubungan mereka, namun perkara itu tidak diendahkan bekas suaminya itu.

“Apa yang saya nak sekarang ni adalah justice dan anak-anak saya sahaja,” katanya dalam satu temu bual semalam.

Ah Moi berkata, dia juga bukan berniat untuk menggunakan kontroversi atau konflik rumah tangga mereka sebagai gimik mahupun taktik untuk menambahkan keuntungan sebaliknya demi mempertahankan haknya sebagai seorang ibu.

Tambahnya, dia sendiri tidak suka isu peribadi ditayangkan kepada umum tetapi terpaksa melakukannya demi mempertahankan diri dan keluarga.

Dalam pada itu, Ah Moi memberitahu, tiga anak perempuannya, masing-masing berumur antara setahun hingga tujuh tahun masih tidak mengetahui apa yang berlaku kepada kedua-dua ibu bapa mereka.

“Anak-anak saya sekarang baik-baik sahaja, mereka tidak tahu lagi situasi sekarang, tapi ada bertanya bila boleh bersekolah. Namun, saya bercadang untuk tukar sekolah mereka,” ujarnya.

Katanya, dia sudah puas menyembunyikan diri dan ingin tampil bersuara kerana yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Terdahulu, Ah Moi memberitahu, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya itu atas tuduhan curang yang dilemparkan lelaki berkenaan kerana menjejaskan reputasinya.

Berita berkaitan: View Chin panggil Mira ‘sayang’ anggap budaya tempat kerja

Berita berkaitan: View Chin sedia kahwin Mira

Malah, katanya, dia juga akan menuntut ganti rugi serta pampasan daripada View Chin atas tuduhan yang dinyatakan bekas suaminya itu.

“Mereka telah merosakkan reputasi saya. Saya dengan ini berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi serta pampasan,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp View Chin dan rakan sekerjanya dikenali Mira di TikTok dan Facebook miliknya.

Krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya semasa dia masih lagi dalam pantang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI