fbpx

Puteri Sarah dakwa ada video tak senonoh Syamsul, Ira sebelum nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah tampil memulangkan paku buah keras kepada Syamsul berhubung penjelasan punca keengganan melafazkan talak semalam.

PETALING JAYA – Yakin berada di pihak yang benar, pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa mempunyai bukti kukuh jika mahu memfailkan nusyuz terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Katanya, perkara itu membabitkan video tidak senonoh sebelum Syamsul dan Ira Kazar berkahwin, selain pengakuan wanita terbabit kepada sebuah agensi berkenaan hubungan luar nikah.

“Suruh tarik nusyuz? ‘Hello bro’, kalau saya failkan nusyuz terhadap awak, tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira, gambar tak senonoh masa sebelum awak berkahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk.

“Dengan Ira mengaku kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) persetubuhan luar nikah siapa yang nusyuz?,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Perkongsian tersebut merujuk kenyataan pengarah berkenaan berhubung keengganan meneruskan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang sepatutnya berlaku, semalam.

Menerusi hantaran lain, aktres berusia 38 tahun itu memaklumkan, telah berbincang dengan ibu mentuanya mengenai jumlah nafkah tertunggak dan mutaah yang dianggap berpatutan.

Malah Puteri Sarah juga menegaskan tidak menuntut sebarang harta sepencarian, sebaliknya semua permintaan lebih kepada dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

“Juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000, saya minta bayar setiap RM100,000 setahun, itu awak mampu rasanya?

“Saya bincang dengan ibu awak, RM500,000 mutaah dan nafkah tertunggak itu munasabah rasanya. Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.

Boleh sahaja jual Lambo (Lamborghini) yang awak banggakan untuk bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Juallah buat bayar nafkah,” katanya.

Tetap berjuang mempertahankan hak anak-anak, namun Puteri Sarah menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berkenaan nusyuz mahu pun nafkah.

“Juga, tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah yang tentukan siapa yang nusyuz. Saya suka. Untuk pengetahuan, nafkah yang awak bagi itu cukup-cukup makan.

“Nafkah isteri tiada bertahun. Jadi janganlah gembira sangat. Tidak mengapa, kita lawan di mahkamah,” katanya.

Malam tadi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu membuat pendedahan isteri pertamanya itu meminta jumlah yang melampau sebagai syarat ‘dilepaskan’.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, berkata, pihak Sarah menukar terma penyelesaian atau perjanjian awal yang telah pun dipersetujui sebelum ini.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI