fbpx

Banduan bersyukur dapat beraya bersama keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 banduan Penjara Pokok Sena dilepaskan sempena program PBSL Ihsan Madani Kepulangan yang Dinanti sempena Aidilfitri, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – “Saya hanya mahu mohon kemaafan daripada ibu atas kesilapan yang saya lakukan. Semoga Ramadan dan Aidilfitri ini memberi keinsafan kepada saya untuk berubah menjadi insan lebih baik.”

Demikian luahan seorang banduan di Penjara Pokok Sena, dekat sini dikenali sebagai Wan, 22, yang dilepaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani Kepulangan yang Dinanti sempena Aidilfitri, hari ini.

Wan merupakan antara 14 banduan dari penjara tersebut yang dilepaskan lebih awal berbanding tarikh sebenar mereka dibebaskan.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia insaf dan bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga dan menyambut hari raya bersama.

“Ini adalah kali pertama saya dipenjara selama 10 bulan atas kesalahan dadah, saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama selepas ini.

“Sepanjang di penjara saya amat merindui ibu dan tidak sangka dapat sambut raya dengan keluarga tahun ini. Semasa di penjara, saya sempat buatkan kad hari raya buat ibu,” katanya ketika ditemui di Penjara Pokok Sena di sini hari ini.

Katanya yang berasal dari Mergong, di sini, dia sepatutnya dibebaskan pada 8 Mei depan dan beraya di sebalik tirai besi.

“Saya sudah tidak sabar nak jumpa dan tatap wajah ibu selain meminta ampun kepadanya. Alhamdulillah semasa di penjara, saya belajar solat dan banyak ilmu agama,” ujarnya.

Seorang lagi banduan dikenali sebagai Din, 62, dari Kuala Kedah, dia juga tidak menyangka dapat beraya bersama anak dan cucu pada tahun ini.

“Saya sudah 13 kali keluar masuk penjara atas kesalahan dadah. Saya sukar insaf kerana dikelilingi rakan yang menagih.

“Selepas ini, saya mahu lari daripada mereka dengan pindah ke tempat lain dan memulakan hidup baharu,” katanya yang menjalani hukuman penjara 10 bulan kerana memiliki dadah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, S. Tanabal berkata, kesemua 14 banduan terbabit layak mengikuti program itu dengan antaranya berdasarkan persetujuan daripada pihak keluarga selain mengikuti program pemulihan dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI