fbpx

Pemandu kereta lempar wang hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita memegang wang tunai di tepi Lebuh Raya Interstate 5 selepas McCarthy mencampakkannya dari keretanya di Oregon Selasa lalu. - KEZI

SALEM, Oregon – Seorang lelaki dari negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) telah dihalang oleh polis pada Selasa lalu selepas dia cuba memberi wang kepada orang ramai dengan melemparkan duit kertas berjumlah ratusan ribu dolar dari tingkap keretanya di sebuah lebuh raya yang sibuk.

Polis menerima beberapa panggilan telefon mengenai kejadian itu di Lebuh Raya Interstate 5 menuju ke  Eugene, kira-kira 193 kilometer (km) di selatan Portland, sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan), demikian menurut siaran berita Polis Negeri Oregon.

Beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan raya dan orang ramai meninggalkan kereta mereka untuk mengambil wang tersebut, kata saksi kepada polis.

Polis berkata, individu yang melempar wang tunai itu ialah Colin Davis McCarthy, 38, yang memberitahu pegawai polis bahawa dia mahu memberi sumbangan kepada orang ramai.

“Dia menganggarkan bahawa dia telah melempar kira-kira AS$200,000 (RM880,400) dalam bentuk wang kertas dari tingkap keretanya,” kata pihak berkuasa.

Pegawai polis meminta McCarthy berhenti melontarkan wang itu kerana ia membahayakan lalu lintas. Lelaki itu kemudian bersetuju untuk menghentikan perbuatannya.

Polis berkata, tiada dakwaan jenayah dipertimbangkan terhadap McCarthy. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI