fbpx

Pelabuhan Barat jadi pelabuhan pertama negara punyai PRF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke Siew Fook (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Westport, Eddie Lee Mun (tiga kanan) melakukan gimik pelancaran pecah tanah PRF di Pelabuhan Barat. -Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

KLANG – Pelabuhan Barat menjadi pelabuhan pertama di negara ini bakal mempunyai Kemudahan Penerimaan Pelabuhan (PRF).

Kemudahan itu penting sebagai pusat kitar semula bahan buangan pengangkutan marin seperti minyak serta bahan lain yang memudaratkan termasuk kepada alam sekitar

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, projek PRF yang bernilai RM60 juta tersebut dibiayai oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) dan dijadualkan siap dalam setahun.

“Sebelum ini kapal-kapal melupuskan bahan buangan mereka di Singapura. Kewujudan PRF (Pelabuhan Barat) secara tidak langsung boleh menjana pendapatan untuk pelabuhan di negara ini.

“Pembinaan PRF diharap akan memastikan tiada aktiviti pelupusan bahan buangan menyebabkan berlaku risiko pencemaran alam sekitar seperti yang berlaku sebelum ini, “katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah PRF Secara Maya di Menara Westports, Pelabuhan Barat, hari ini.

Beliau menjelaskan PRF itu dikendalikan oleh anak syarikat KA Petra Group akan diurus secara efisien selaras dengan kaedah-kaedah yang digariskan oleh Konvensyen Bagi Pencegahan Pencemaran Dari Kapal-Kapal (MARPOL).

Mengulas dari segi dasar sama ada kapal-kapal diwajibkan menggunakan PRF untuk melupus bahan buangan, Anthony Loke menegaskan perkara tersebut masih belum diputuskan buat masa ini.

“Sebanyak 17,000 kapal yang dikenal pasti dan berpotensi untuk menggunakan PRF sebagai hab pelupusan bahan buangan ketika kapal-kapal tersebut melalui Selat Melaka,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI