fbpx

Cuaca panas cecah 40 darjah Celsius di Jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca panas di Jeli, Kelantan dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, bermula hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), terdapat satu kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu Jeli.

“15 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) Perlis, Sik, Hulu Perak, Kinta, Batang Padang, Raub, Bentong, Maran, Lipis, Jerantut, Jempol, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Kuala Terengganu.

“Semua kawasan di Sabah dan Sarawak dalam pemantauan.

“Tahap Gelombang Haba melibatkan suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, manakala bagi tahap berjaga-jaga, maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sama,” jelasnya dalam kenyataan, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI