fbpx

Rosakkan pintu surau, mengamuk pembesar suara kuat ketika tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di TikTok berhubung kejadian seorang lelaki mengamuk di surau di kawasan Sungai Chua, Kajang, Ahad lalu.

KAJANG – Gara-gara bunyi pembesar suara yang kuat ketika solat tarawih, seorang lelaki membuat kecoh di sebuah surau bawah flat selepas tidak puas hati perkara tersebut menganggu dirinya sekeluarga di kawasan Sungai Chua, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 9.25 malam itu dilaporkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Katanya, turut dimaklumkan suspek disyaki telah bertindak menendang pintu surau sehingga mengakibatkan kerosakan.

“Siasatan mendapati, suspek yang tinggal tidak jauh dari surau berkenaan tidak berpuas hati dengan bunyi pembesar suara surau yang kuat hingga mengganggu dia sekeluarga termasuk jiran yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas suspek seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Zaid, hasil siasatan lanjut dan tindakan segera pihak polis, kedua-dua pihak telah memberikan kerjasama berkaitan isu selisih faham tersebut.

Ujarnya, saksi-saksi lain yang terlibat turut dipanggil memberikan keterangan, termasuk isu menyebarkan video yang tular di media sosial berkaitan dengan kejadian ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan rumah ibadat dengan niat mengaibkan mana-mana agama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman video di aplikasi TikTok seorang lelaki membuat kecoh dengan menghalang jemaah yang sedang mengerjakan solat tarawih di sebuah surau lokasi kejadian.

Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi dua minit 20 saat yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat gagal ditenangkan dan mula meninggikan suara sehingga berlaku pertengkaran antara mereka di luar kawasan surau terbabit. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI