fbpx

Lelaki menang hadiah cuti bergaji 365 hari semasa makan malam syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu terkejut sehingga sukar mempercayai kemenangannya. - Mothership

BEIJING – Seorang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat di Shenzhen, China memenangi hadiah 365 hari cuti bergaji semasa majlis makan malam tahunan yang dianjur oleh majikannya, lapor laman berita Mothership hari ini.

Lelaki itu dirakam memegang kadbod besar tertera perkataan ‘cuti bergaji 365 hari’ pada 9 April lalu.

Dia dikatakan memegang jawatan di bahagian pengurusan semasa kemenangannya. 

Video itu dimuat naik ke aplikasi Weibo manakala butiran kemenangan itu dijelaskan oleh siaran media China.

Acara cabutan bertuah itu diadakan sebagai cara untuk pekerja menghilangkan tekanan tambahan pula, acara makan malam itu sudah tidak diadakan selama tiga tahun.

Hanya satu hadiah besar disediakan iaitu hadiah cuti begaji, manakala hadiah lain agak sederhana.

Seorang wanita menjelaskan bahawa syarikat itu memberikan pilihan kepada pemenang untuk menukar hadiah itu kepada wang tunai atau menggunakannya.

Kemenangan itu sangat mengejutkan sehingga sukar untuk dipercayai. 

Pemenangnya berkali-kali mempersoalkan sama ada hadiah itu benar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI