fbpx

Pelaksanaan e-invois dijangka pada 1 Jun tahun hadapan – LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizom (tengah) ketika menyampaikan plak penghargaan kepada Pengarang Berita Kosmo! Mustapha Lakawa pada Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media 2023 di Hotel Sunway Putra di sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan pelaksanaan sistem e-invois kepada kumpulan pertama pembayar cukai secara mandatori dijadualkan pada 1 Jun tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi berkata, kumpulan pertama itu dijangka melibatkan syarikat besar yang mempunyai perolehan tahunan melebihi RM100 juta setahun.

Katanya, ketika ini LHDN masih dalam proses membangunkan infrastruktur membabitkan teknologi maklumat (IT) dalam memastikan sistem e-invois itu dapat dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang oleh pihaknya.

“Mungkin kalau kita (LHDN) dapat siapkan infrastruktur lebih awal peringkat awal dalam bentuk pilot testing (projek perintis) kita akan jadikan mandatori ini mengikut jadual dan awal Jun tahun hadapan kemudian kumpulan seterusnya 1 Januari tahun berikutnya dan sebagainya.

“Kita melihat syarikat dimana annual turnover (perolehan tahunan) melebihi RM100 juta jadi kita mula dengan itu dahulu. Apabila sistem sudah stabil kita tambah kepada yang melebihi RM50 juta tetapi itu perancangan.

“Setakat ini kita melihat kepada kumpulan yang besar kerana kita tahu kumpulan yang besar ini mereka sudah ada sistem didalam organisasi masing-masing, tak perlu bangunkan sesuatu yang baru, apa yang kita akan buat bagaimana nak menghubungkan apa yang mereka ada dengan kami supaya maklumat itu nanti boleh sampai melalui kami,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media 2023 di Hotel Sunway Putra di sini malam ini.

Sementara itu, berhubung e-Filing bagi mengisi dan menghantar borang cukai pendapatan beliau berkata, sehingga kini lebih 50 peratus pembayar cukai telah selesai mengemas kini data dan mengisytiharkan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2022.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI