fbpx

Kes ugut pelancong China dirujuk TPR -Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan pelancong warga China yang mendakwa dirinya diperas ugut anggota penguat kuasa minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam percakapan dua individu bagi membantu siasatan kes anggotanya yang didakwa memeras ugut wanita berasal dari China kerana gagal menunjukkan pasport ketika sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan tersebut dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.

“Kita telah memanggil pemandu e-hailing serta penumpangnya warga tempatan yang merupakan rakan kepada pelancong wanita terbabit.

“Kertas siasatan telah dilengkapkan seterusnya sudah dirujuk kepada TPR semalam. Kita akan menunggu arahan lanjut pejabat TPR untuk tindakan seterusnya dalam kes ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 di Ibu Pejabat Kontinjen, di sini, petang tadi.

Terdahulu, video dimuat naik di TikTok @cs_kuan, memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit rakaman kejadian.

Berdasarkan kapsyen video tersebut, anggota polis terlibat didakwa memeras ugut wang sebanyak RM200 daripada seorang wanita berasal dari China ekoran gagal menunjukkan pasportnya kerana tertinggal di hotel.

“Setakat ini, seramai tujuh individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI