fbpx

Martabak Jerantut Feri, isi tebal dijual RM14 sekeping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASMIZAN sedang menyediakan martabak di Restoran Murtabak Jerantut Ferry di Jerantut baru-baru ini.

JERANTUT – Setiap kali Ra­madan, daerah ini akan diberi jolokan ‘bandar martabak’ berikutan puluhan buah kedai menjual menu itu dan salah satu yang membuatkannya tersohor ke negeri lain adalah di Restoran Murtabak Jerantut Ferry.

Dengan saiz yang tebal serta resipi warisan turun-temurun membuatkan Murtabak Jerantut Ferry yang tersohor di Pahang terus mendapat sambutan luar biasa setiap kali Ramadan.

Martabak tersebut yang hanya dijual di Jerantut Feri, di sini memang dikenali bukan sahaja penduduk setempat tetapi orang luar malah dalam kala­ngan pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Bandar Taman Negara itu.

Pembuat martabak Jerantut Ferry, Jasmizan Mohamad, 32, berkata, dengan sambutan yang menggalakkan sepanjang Ramadan, dia bersama dua pembantu menyiapkan kira-kira 800 keping martabak daging dan ayam setiap hari.

“Berbanding hari biasa saya cuma menyiapkan kira-kira 300 keping sahaja martabak ayam dan martabak daging untuk pe­langgan yang singgah di kedai kami.

“Setiap kali Ramadan, martabak Jerantut Ferry mendapat permintaan tinggi terutama pelanggan tetap di daerah ini dan berdekatan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya di sini baru-baru ini.

Ujarnya, martabak ayam dan daging itu dijual pada harga RM14 sekeping dan kekal mendapat permintaan tinggi masyarakat.

Ujar Jasmizan, dia serta pembantunya mula memasak martabak pada pukul 11 pagi sebelum mula dijual kepada orang ramai pada pukul 3 petang.

“Ramuan seperti daging dan ayam, telur serta campuran lain sudah disediakan pada awal pagi oleh pembantu kedai wa­nita dan kami cuma memasak martabak kira-kira 800 keping setiap hari sepanjang Ramadan,” katanya.

Dia yang mula membuat martabak sejak usia 15 tahun berkata, untuk menyediakan 800 ke­ping martabak dia memerlukan 1,600 biji telur ayam dengan anggaran dua biji untuk sekeping martabak bagi mencapai kualiti rasa dan kelazatannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI