fbpx

Frank Bernhardt dilantik ketua jurulatih Kelantan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bernhardt dilantik sebagai ketua jurulatih Kelantan FC bagi menggantikan Moon-sik.

KOTA BHARU – Pengarah teknikal Kelantan FC, Frank Bernhardt dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menggantikan pengendali dari Korea Selatan, Choi Moon-sik yang direhatkan pada Selasa lalu.

The Red Warriors (TRW) Kelantan FC dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa, Bernhardt diangkat menjadi ketua jurulatih baharu pasukan itu.

“Beliau yang sebelum ini diberi peranan sebagai pengarah teknikal mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dan UiTM FC.

“Semoga perlantikan ini dapat memacu dan membantu TRW ke arah lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Kelantan FC merehatkan Moon-sik beberapa jam sebelum perlawanan saingan Liga Super menentang skuad Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Selasa lalu.

TRW kemudiannya mengumumkan penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai pemangku jurulatih bagi menggantikan Moon-sik.

Berdasarkan rekod, Kelantan FC hanya meraih satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan sepanjang enam perlawanan saingan Liga Super musim ini di bawah kendalian Moon-sik.

Pada 25 Mac lalu, Bernhardt yang berasal dari Kiel, Jerman menggalas tanggungjawab itu menggantikan tugas Nasir Yusuf sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC.

Pelantikan pengarah teknikal merupakan salah satu syarat wajib dalam perlesenan kelab di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Terdahulu, tular beberapa gambar di media sosial yang menunjukkan kelibat Bernhardt menonton perlawanan saingan Liga Super antara Kelantan FC dan KL City FC di Stadium Muhammad IV di sini kira-kira tiga lalu.

Kemunculan Bernhardt itu sekali gus mencetuskan spekulasi apabila beliau dikatakan bakal menggantikan Moon-sik susulan prestasi kurang menyakinkan Kelantan FC ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI