fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memberitahu, amaran itu dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah melibatkan (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak) dan Kelantan di Gua Musang.

“Manakala, di Pahang (Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera), Selangor (Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), seluruh Kuala Lumpur, seluruh Putrajaya,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Turut menerima amaran berkenaan di Negeri Sembilan melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Jempol dan Johor di Segamat manakala Sarawak di Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI